Berita Berita
Rafizi nafi tidak konsisten, tegaskan pernah bantah kontrak Bestinet secara bertulis
SHAH ALAM 22 April – Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan bahawa beliau secara rasmi telah membantah penyambungan kontrak sistem FWCMS oleh Bestinet Sdn Bhd melalui rekod minit Jemaah Menteri dan ulasan bertulis Kementerian Ekonomi semasa beliau masih memegang jawatan menteri.
Kenyataan tersebut dibuat bagi menjawab serangan Setiausaha Politik Menteri Sumber Manusia, Aizuddin Abd Ghafal yang mendakwa Rafizi tidak konsisten kerana hanya mula mengkritik isu tata kelola sistem pekerja asing itu selepas tidak lagi berada dalam barisan Jemaah Menteri.
Rafizi menjelaskan bahawa Kementerian Ekonomi sebelum ini telah menyatakan ketidaksetujuan terhadap cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyambung kontrak Bestinet kerana kerajaan sebenarnya sudah memiliki sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dibangunkan dengan kos RM20 juta.
Beliau turut mencabar Menteri Sumber Manusia R. Ramanan untuk mendapatkan kebenaran Perdana Menteri bagi mendedahkan minit mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan isu tersebut kepada umum sekiranya benar beliau didakwa membisu atau bersetuju dengan pelanjutan kontrak syarikat berkenaan sebelum ini.
Menurutnya lagi keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri diambil kerana prinsip tata kelola adalah lebih utama memandangkan suara bantahan di dalam kerajaan tidak selalunya dihiraukan selain menegaskan bahawa beliau kini tidak lagi terikat dengan etika tanggungjawab bersama untuk terus bersuara demi kepentingan rakyat.
Berita berkaitan
April 22, 2026, 5:55 pm
ADUN DAP mohon penternakan babi dibenarkan semula di Selangor
April 22, 2026, 5:39 pm
Program BDR catat penjimatan bahan api RM678,000 babit 155,000 penjawat awam
April 22, 2026, 5:31 pm
Zakat Selangor nafi terlibat penyelewengan dana NGO RM230 juta
April 22, 2026, 5:27 pm
Penyelewengan dana NGO: MAIWP nafi kaitan rasmi, tegaskan integriti pengurusan zakat
April 22, 2026, 5:21 pm
GEG: Khairy kesal pengaruh industri tembakau punca Malaysia gagal ikut jejak Britain
April 22, 2026, 5:15 pm
Polis nafi minta sumbangan kewangan melalui WhatsApp
April 22, 2026, 4:54 pm
Skandal dana NGO RM230 juta, SPRM sahkan tidak libat wang zakat
April 22, 2026, 2:53 pm
Lelaki dalam perjalanan pulang untuk bertemu keluarga ditemukan maut di R&R Kuantan
April 22, 2026, 2:48 pm
