TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

ADUN DAP mohon penternakan babi dibenarkan semula di Selangor

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 22 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan Wong Siew Ki memohon pertimbangan kerajaan negeri supaya aktiviti penternakan babi dibenarkan semula di Selangor atas dasar kesamarataan hak warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang mewakili parti DAP menegaskan bahawa sektor tersebut tidak seharusnya dibezakan dengan penternakan haiwan lain memandangkan risiko pencemaran serta aspek kebersihan dan kesihatan adalah serupa bagi mana-mana aktiviti ternakan.

Siew Ki turut membangkitkan perkara tersebut dalam perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dengan menyifatkan isu berkenaan sering dijadikan sebagai alat politik oleh pelbagai pihak.

Permohonan itu bagaimanapun dilihat mencetuskan perhatian ramai memandangkan ia bertentangan dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini yang tidak berkenan aktiviti penternakan berkenaan diteruskan di negeri ini.

Beliau berharap agar pentimbangan sewajarnya diberikan oleh pihak berkuasa negeri terhadap sektor tersebut bagi memastikan tiada diskriminasi terhadap jenis ternakan tertentu selaras dengan peruntukan undang-undang yang menjamin hak pengusaha di negara ini.

+ - reset