Berita Berita
Skandal dana NGO RM230 juta, SPRM sahkan tidak libat wang zakat
SHAH ALAM 22 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penyelewengan kira-kira RM230 juta membabitkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak melibatkan sumber dana daripada institusi zakat, sebaliknya daripada pelbagai sumbangan dan sumber lain.
Bagaimanapun, sebahagian sumbangan yang diseleweng itu dipercayai termasuk kutipan yang sepatutnya disalurkan kepada badan zakat sebuah negeri.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, setakat ini siasatan mendapati kes berkenaan tidak membabitkan mana-mana institusi zakat di negara ini.
"Dalam siasatan terkini SPRM, NGO ini menerima dana sumbangan daripada pelbagai pihak dan sumber termasuklah komisen yang diperolehi daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
“Bagaimanapun dana ini tidak sampai ke tujuan yang sepatutnya, sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dana-dana ini untuk kepentingan peribadi termasuk membeli aset-aset mewah,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, siasatan masih berjalan dan pihaknya sedang memperluas skop siasatan.
Jelasnya, SPRM komited untuk terus memastikan ketelusan dan kebertanggungnjawaban dalam setiap proses semakan serta siasatan yang dijalankan selaras dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.
Sebelum itu, dua termasuk seorang timbalan pengerusi NGO direman untuk siasatan kes terbabit.
Perintah reman selama empat hari sehingga 25 April terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu.
Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an itu telah ditahan berasingan antara jam 3 dan 5 petang Selasa dalam satu operasi yang dijalankan SPRM Selangor sekitar Lembah Klang.
Media sebelum ini melaporkan penahanan tiga individu termasuk timbalan pengerusi NGO terbabit.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek yang juga dua daripadanya merupakan pengarah syarikat disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2018 hingga 2024.
Siasatan turut mendapati timbalan NGO tersebut telah memindahkan RM230 juta tersebut ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi.
Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO tersebut merupakan sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan yang memerlukan.
Dalam operasi tersebut, SPRM turut menyita 18 unit kenderaan mewah antaranya Porsche dan Mercedes; rumah serta hartanah bernilai kira-kira RM11 juta selain pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama.
Selain itu, SPRM turut membekukan 33 akaun bank berjumlah kira-kira RM120 juta.
Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
April 22, 2026, 5:55 pm
ADUN DAP mohon penternakan babi dibenarkan semula di Selangor
April 22, 2026, 5:49 pm
Rafizi nafi tidak konsisten, tegaskan pernah bantah kontrak Bestinet secara bertulis
April 22, 2026, 5:39 pm
Program BDR catat penjimatan bahan api RM678,000 babit 155,000 penjawat awam
April 22, 2026, 5:31 pm
Zakat Selangor nafi terlibat penyelewengan dana NGO RM230 juta
April 22, 2026, 5:27 pm
Penyelewengan dana NGO: MAIWP nafi kaitan rasmi, tegaskan integriti pengurusan zakat
April 22, 2026, 5:21 pm
GEG: Khairy kesal pengaruh industri tembakau punca Malaysia gagal ikut jejak Britain
April 22, 2026, 5:15 pm
Polis nafi minta sumbangan kewangan melalui WhatsApp
April 22, 2026, 2:53 pm
Lelaki dalam perjalanan pulang untuk bertemu keluarga ditemukan maut di R&R Kuantan
April 22, 2026, 2:48 pm
