Berita Berita
Kegagalan sistem brek punca trak ATM hilang kawalan rempuh Plaza Tol Bukit Teratai
AMPANG JAYA 1 Mei – Seramai 15 penumpang sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh kawasan Plaza Tol Bukit Teratai, Lebuhraya SUKE, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika trak berkenaan dalam perjalanan dari Kem Sungai Besi menghala ke Kuala Kubu Bharu.
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem brek trak tersebut sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum melanggar struktur di kawasan plaza tol berkenaan.
Kesemua 15 mangsa yang berada di tempat duduk belakang dan mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Ampang oleh pihak ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.
Mengikut peruntukan undang-undang, individu yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen tersebut boleh dikenakan denda antara RM5,000 sehingga RM10,000 dan boleh dipenjarakan tidak melebihi 12 bulan.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 1:51 pm
HKL jelaskan situasi jabatan kecemasan tular sedang dalam proses naik taraf
May 1, 2026, 1:42 pm
Kerajaan sasar gaji median RM3,500 menjelang 2030
May 1, 2026, 1:32 pm
Anwar beri tempoh dua minggu lapor pelaksanaan inisiatif Hari Pekerja 2026
May 1, 2026, 8:17 am
Inisiatif BDR jimat RM1.9 juta subsidi petrol dalam tempoh 10 hari
May 1, 2026, 8:11 am
