Berita Berita
Kerajaan sasar gaji median RM3,500 menjelang 2030
KUALA LUMPUR 1 Mei – Kerajaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan gaji median bulanan di Malaysia kepada RM3,500 menjelang tahun 2030 selain menjangkakan Pampasan Pekerja mencapai 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, menjelaskan bahawa bagi mencapai matlamat tersebut, kementerian akan memperkasa Majlis Perundingan Gaji Negara termasuk menetapkan gaji permulaan bagi siswazah serta lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
Beliau menegaskan perkara itu semasa berucap pada Sambutan Hari Pekerja 2026 bertemakan Pekerja MADANI Kesuma Negara yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan tertinggi negara.
Dalam majlis yang sama, beliau memaklumkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial akan melaksanakan Skim LINDUNG 24 Jam bermula Jun ini yang bakal memberi manfaat perlindungan sepanjang masa kepada 9.6 juta pencarum.
Selain itu, had usia bagi Skim LINDUNG KASIH yang dikhususkan untuk golongan suri rumah akan dinaikkan daripada 55 kepada 60 tahun sebagai menghargai sumbangan besar mereka kepada institusi keluarga dan negara.
Kementerian Sumber Manusia juga bakal menubuhkan Akademi Semikonduktor KESUMA bagi melatih bakat tempatan dalam bidang reka bentuk cip serta pembuatan kecerdasan buatan bagi menyokong pelaburan syarikat global.
Bagi memperkukuh kerangka perundangan, sebanyak 26 undang-undang sedang direformasi untuk memastikan ia kekal relevan serta adil bagi mendepani cabaran dunia pekerjaan pada masa hadapan.
Sebagai usaha memudahkan akses kepada keadilan, kementerian akan memperkenalkan Mahkamah Buruh Bergerak yang akan digerakkan terus ke lokasi pekerja berada bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perburuhan secara lebih efektif.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 1:51 pm
HKL jelaskan situasi jabatan kecemasan tular sedang dalam proses naik taraf
May 1, 2026, 1:32 pm
Anwar beri tempoh dua minggu lapor pelaksanaan inisiatif Hari Pekerja 2026
May 1, 2026, 8:38 am
Kegagalan sistem brek punca trak ATM hilang kawalan rempuh Plaza Tol Bukit Teratai
May 1, 2026, 8:17 am
Inisiatif BDR jimat RM1.9 juta subsidi petrol dalam tempoh 10 hari
May 1, 2026, 8:11 am
