Berita Berita
Cukai jalan kenderaan diesel dijangka turun, keputusan dalam masa terdekat - Anthony Loke
KUALA LUMPUR 1 Mei - Keputusan berhubung cadangan menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan menggunakan diesel dijangka diumumkan dalam masa terdekat selepas kajian mekanisme pelaksanaannya dimuktamadkan kerajaan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata kementeriannya kini sedang meneliti kaedah paling sesuai termasuk implikasi terhadap hasil kerajaan sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Kita buat kajian dengan segera, perlu teliti dan buat pertimbangan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan kerana bukan semua kenderaan (menggunakan) diesel tidak menerima subsidi. Ada sebahagian mendapat subsidi melalui harga subsidi bersasar.
“Jadi perlu ada pengimbangan untuk melihat bagaimana kita membantu mereka yang tidak mendapat subsidi menerusi langkah mengurangkan cukai dikenakan kepada mereka,” katanya selepas menghadiri Readers Forum on the English Edition of Xi Jinping: The Governance of China, Volume V di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini cadangan berkenaan.
Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mempertimbangkan penurunan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai langkah mengurangkan beban rakyat susulan kenaikan harga bahan api itu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah meminta Kementerian Pengangkutan mencari mekanisme bersesuaian bagi melaksanakan pengurangan itu dengan mengambil kira kesan kenaikan harga diesel terhadap pengguna, khususnya sektor yang masih bergantung kepada kenderaan diesel.
Sementara itu, Loke berkata kementerian turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah penjimatan ketika berdepan tekanan kos semasa.
“Kita cuba memastikan penggunaan pengangkutan awam dapat dioptimumkan. Saya tahu ramai mengeluh kerana kadang-kadang ada gangguan perkhidmatan, namun kita mengambil serius semua perkara itu untuk memastikan semua sistem kita berfungsi dengan baik bagi kegunaan orang ramai,” katanya.
Berita berkaitan
May 1, 2026, 1:51 pm
HKL jelaskan situasi jabatan kecemasan tular sedang dalam proses naik taraf
May 1, 2026, 1:42 pm
Kerajaan sasar gaji median RM3,500 menjelang 2030
May 1, 2026, 1:32 pm
Anwar beri tempoh dua minggu lapor pelaksanaan inisiatif Hari Pekerja 2026
May 1, 2026, 8:38 am
Kegagalan sistem brek punca trak ATM hilang kawalan rempuh Plaza Tol Bukit Teratai
May 1, 2026, 8:17 am
Inisiatif BDR jimat RM1.9 juta subsidi petrol dalam tempoh 10 hari
May 1, 2026, 8:11 am
