Berita Berita
Penghantar makanan cedera motosikal digesel MPV di Jalan Tun Razak
KUALA LUMPUR 11 Mei – Seorang penghantar makanan berusia 28 tahun mengalami kecederaan selepas motosikal Yamaha 135LC yang ditunggangnya digesel sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam satu kejadian di Jalan Tun Razak, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa, memaklumkan kemalangan berlaku kira-kira jam 12.24 tengah hari berhampiran terowong menghala ke Jalan Sultan Yahya Petra. Siasatan awal mendapati sebuah Toyota Estima yang dipandu lelaki berusia 50 tahun dipercayai cuba memotong di lorong paling kiri sebelum bergesel dengan motosikal mangsa.
Akibat geselan tersebut, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian jari kaki, bahu, tangan, dan siku kanan. Pemandu MPV berkenaan dilaporkan terus beredar dari lokasi kejadian kerana dipercayai tidak menyedari berlakunya geselan tersebut, namun kedua-dua pihak kini telah tampil membuat laporan polis.
Mangsa telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, termasuk mendapatkan rakaman CCTV dan keterangan saksi bagi melengkapkan siasatan.
Berita berkaitan
May 26, 2026, 4:06 pm
Polis akan panggil Azam Baki kes ugut Albert Tei
May 26, 2026, 1:46 pm
Empat hari hilang, Nur Izzati Humaira ditemukan meninggal dunia tengah hari ini
May 26, 2026, 1:30 pm
Aidiladha, cuti sekolah: Lebih 150,000 kenderaan dijangka banjiri Lebuh Raya WCE sehari
May 26, 2026, 1:09 pm
