TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Vijay hargai ucapan Anwar, komited perkukuh hubungan Tamil Nadu-Malaysia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Mei – Ketua Menteri Tamil Nadu yang baharu, C. Joseph Vijay, menzahirkan penghargaan atas ucapan tahniah yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain menyatakan komitmen untuk mempereratkan lagi hubungan antara wilayah itu dengan Malaysia.

Menerusi satu hantaran di platform X hari ini, Vijay menyatakan rasa besar hati atas penghargaan tersebut dan menegaskan kesediaan beliau untuk memperkukuh kerjasama serta ikatan persahabatan yang sedia terjalin antara kedua-dua pihak.

Terdahulu, Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di Facebook merakamkan ucapan tahniah kepada bintang filem tersebut dan menekankan bahawa Malaysia serta Tamil Nadu mempunyai ikatan sejarah, budaya, dan hubungan rakyat yang sangat mendalam merentasi generasi.

Perdana Menteri turut menarik perhatian mengenai peralihan karier Vijay daripada seorang pelakon yang sering membawa watak pejuang rakyat di layar perak kepada tanggungjawab sebenar untuk memimpin dan memenuhi aspirasi rakyat di dunia nyata.

Beliau berharap agar pelantikan Vijay sebagai Ketua Menteri akan membuka lembaran baharu dalam hubungan diplomatik dua hala bagi mencapai manfaat bersama pada masa hadapan.

+ - reset