TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

DBKL tubuh 'flying squad' pantau 14 titik panas banjir kilat di ibu negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Mei – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti 14 kawasan titik panas banjir di sekitar ibu negara dan menubuhkan dua pasukan khas atau 'flying squad' bagi mempercepatkan tindakan pencegahan serta pemulihan susulan kejadian banjir kilat baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa pasukan tersebut akan segera digerakkan ke lokasi terlibat sekiranya kadar taburan hujan melebihi 22 milimeter (mm) sejam bagi memastikan sistem saliran tidak tersumbat oleh sampah atau daun kering.

Beliau memaklumkan bahawa kejadian banjir kilat pada 6 Mei lalu berpunca daripada hujan berintensiti ekstrem mencecah 96.5 mm dalam tempoh sejam, iaitu jauh melepasi paras amaran 60 mm yang ditetapkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Selain pemantauan saliran, DBKL turut menubuhkan pasukan khas untuk membaiki lubang jalan (potholes) dengan segera selepas banjir surut demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya di kawasan yang terjejas.

Sebagai langkah jangka panjang, kekerapan kerja penyelenggaraan dan pengorekan kelodak di Sungai Toba juga telah ditingkatkan kepada setiap dua bulan bagi memastikan aliran air sungai kekal optimum dan mengurangkan risiko limpahan air ke kawasan sekitar.

+ - reset