TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Azam Baki bersara, ingatkan warga SPRM taat kepimpinan baharu dan elak sabotaj

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 12 Mei – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, secara rasmi menamatkan perkhidmatannya hari ini dengan pesanan tegas agar seluruh warga kerja suruhanjaya itu memberikan kerjasama penuh kepada kepimpinan baharu bagi mengelakkan sebarang unsur sabotaj terhadap organisasi.

Berucap selepas Majlis Penghargaan Khas di Ibu Pejabat SPRM, Azam menekankan kepentingan semangat esprit de corps dan ketaatan kepada pemimpin demi memastikan legasi pembanterasan rasuah negara tetap relevan dan berkesan sehingga ke peringkat akar umbi.

Beliau yang memulakan kerjaya sebagai Pegawai Siasatan di Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada tahun 1985, menyatakan kesediaan untuk terus menyumbang khidmat kepada masyarakat dalam kapasiti bersesuaian, namun menegaskan tidak akan sesekali menceburi bidang politik.

Azam turut menzahirkan penghargaan mendalam kepada pengamal media yang banyak membantu menyalurkan maklumat serta menyokong agenda SPRM sepanjang empat tahun beliau menerajui agensi penguatkuasaan utama negara itu sejak Mac 2020.

Sepanjang kerjaya selama 41 tahun, tokoh kelahiran Negeri Sembilan ini telah memegang pelbagai jawatan kritikal termasuk Pengarah Bahagian Perisikan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) sebelum menamatkan tugasnya tepat pada ulang tahun kelahirannya yang ke-63 hari ini.

+ - reset