TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar arah kementerian selaras bantuan, cadang PBT kurangkan sewa premis peniaga

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan semua kementerian untuk menyelaras semula inisiatif dan bantuan bagi memastikan golongan miskin serta rentan tidak tercicir dalam mendepani tekanan kenaikan harga barang akibat krisis bekalan global.

Beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini menekankan bahawa tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah untuk melindungi rakyat dan peniaga kecil daripada terus terbeban dengan kesan kejutan ekonomi dunia yang semakin mencabar.

Sebagai langkah praktikal, Perdana Menteri mencadangkan agar lebih banyak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara mencontohi langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan MARA dalam memberikan pengurangan kadar sewa premis bagi meringankan kos operasi penjaja serta peniaga kecil.

Dalam mesyuarat tersebut, kerajaan turut meneliti pembangunan Dashboard Pemantauan Krisis Bekalan Global sebagai langkah strategik untuk memantau kedudukan bekalan serta harga barangan keperluan secara lebih efisien dan telus.

Anwar menegaskan bahawa pendekatan ihsan melalui dasar-dasar yang menyokong kelangsungan perniagaan kecil adalah sangat kritikal buat masa ini demi menjamin kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi domestik dalam jangka masa panjang.

+ - reset