TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

MCA bimbang kuota BUDI95 150 liter tidak realistik, beban penduduk bandar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 12 Mei – MCA menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap cadangan kerajaan untuk mengurangkan kuota subsidi petrol RON95 Madani (BUDI95) kepada 150 liter sebulan, menyifatkan langkah tersebut sebagai tidak realistik bagi keluarga berpendapatan dua sumber di kawasan bandar.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi dan PMKS MCA, Datuk Ir. Lawrence Low, menegaskan bahawa kuota yang kecil itu tidak akan mencukupi bagi penduduk di Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang yang terpaksa berdepan kesesakan lalu lintas serta perjalanan jauh setiap hari untuk bekerja dan urusan keluarga.

Beliau turut menekankan bahawa sistem pengangkutan awam sedia ada masih memerlukan penambahbaikan besar dari segi liputan rangkaian dan sambungan "last mile" sebelum kerajaan boleh mengharapkan rakyat mengurangkan kebergantungan sepenuhnya terhadap kenderaan persendirian.

Selain kesan kepada isi rumah, pengurangan kuota subsidi ini dibimbangi akan menjejaskan operasi sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta pekerja lapangan seperti ejen jualan dan penghantar barangan yang menjadikan bahan api sebagai kos operasi asas untuk mencari rezeki.

Sehubungan itu, Lawrence menggesa kerajaan agar lebih telus dalam menjelaskan ketepatan data penggunaan petrol yang digunakan serta mempertimbangkan kesan rantaian kenaikan harga barang yang akan berlaku akibat peningkatan kos logistik sebelum melaksanakan sebarang potongan subsidi.

+ - reset