TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Isu had subsidi BUDI95: Liew Chin Tong mohon maaf, nafi buat pengumuman baharu

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 12 Mei – Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, memohon maaf susulan kekeliruan orang ramai berhubung laporan media yang mendakwa kerajaan berkemungkinan mengehadkan subsidi petrol BUDI95 kepada 150 liter sebulan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menjelaskan bahawa kenyataannya dalam satu majlis anjuran AFFIN Bank pagi tadi telah dilaporkan secara tidak tepat serta diambil di luar konteks sebenar perbincangan mengenai strategi menangani krisis tenaga negara.

Beliau menegaskan tidak pernah membuat sebarang pengumuman dasar baharu bagi pihak kerajaan dan tidak menyatakan bahawa had 150 liter tersebut akan dilaksanakan dalam masa terdekat seperti yang tular di media sosial.

Menurut beliau, perbincangan tersebut sebenarnya menyentuh keberkesanan mekanisme BUDI95 dalam menyediakan data corak perjalanan rakyat, selain menekankan kepentingan konsensus masyarakat untuk menyokong langkah penjimatan bagi menjamin bekalan petrol jangka panjang.

Chin Tong menzahirkan rasa kesal atas kegusaran awam yang timbul dan berharap semua pihak memahami konteks penuh kenyataannya yang lebih menjurus kepada usaha memastikan kelangsungan bekalan tenaga negara dan bukannya pengurangan subsidi secara mendadak.

+ - reset