Berita Berita
Akses IPTA lepasan UEC, Tahfiz: Anthony Loke pelik pihak membantah
SEGAMBUT 15 Mei – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyatakan rasa pelik terhadap tindakan sesetengah pihak yang membangkang peluang bagi calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan institusi tahfiz untuk menyambung pengajian ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
Beliau menegaskan bahawa komitmen kerajaan tersebut bertujuan untuk meluaskan akses pendidikan bagi memastikan semua anak bangsa mendapat peluang belajar ke peringkat lebih tinggi tanpa dinafikan hak mereka.
Isu ini timbul susulan dakwaan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, yang menyifatkan penggabungan kategori lepasan tahfiz dan UEC sebagai satu taktik 'silap mata' untuk menghalalkan kemasukan pelajar aliran tersebut ke universiti awam.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sebelum ini menjelaskan bahawa peluang tersebut hanya ditawarkan bagi program pengajian tertentu yang telah dikenal pasti, termasuk bidang pengajian Islam bagi lepasan tahfiz dan pengajian bahasa Cina bagi lepasan UEC.
Calon daripada kedua-dua aliran tersebut yang memiliki sijil SPM penuh juga boleh memohon program lain melalui sistem UPUOnline berdasarkan kiraan merit dan pakej mata pelajaran yang ditetapkan.
Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan bahawa calon yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program terpilih di IPTA tersebut.
Berita berkaitan
May 15, 2026, 7:43 pm
KPM beri keutamaan rayuan perpindahan guru "duka lara"
May 15, 2026, 6:57 pm
Polis siasat kes bayi patah tulang paha ketika terima rawatan jaundis di Sungai Petani
May 15, 2026, 1:56 pm
BM, Sejarah tetap syarat wajib masuk IPTA lepasan UEC dan Tahfiz
May 15, 2026, 1:50 pm
Mekanik maut terjatuh jambatan selepas kereta terbabas
May 15, 2026, 1:45 pm
Penemuan dadah, telefon di lokap: Polis bertugas berdepan gantung tugas
May 15, 2026, 1:42 pm
MOT peruntuk RM1.5 juta kepada DBKL bina, naik taraf 100 hentian bas
May 15, 2026, 1:34 pm
