Berita Berita
'Rakyat dah boleh baca, ini semua wayang Madani' - PAS tegur jangan guna nama tahfiz demi halalkan UEC
KUALA LUMPUR 15 Mei – Kerajaan disifatkan tidak boleh berselindung di sebalik isu aliran tahfiz bagi membolehkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, pelajar aliran tahfiz selama ini tidak berdepan masalah untuk memasuki IPTA kerana mereka turut menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti pelajar lain.
Menurut beliau, ramai pelajar tahfiz berjaya melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS melalui saluran biasa tanpa sebarang masalah besar, malah cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk sebagai pakar dan profesional.
“Jangan gunakan nama tahfiz sekadar kosmetik politik untuk menghalalkan agenda lain. Rakyat hari ini semakin celik. Tidak semua boleh diselindungkan dengan wayang dan permainan persepsi atas nama “Madani”.
“Jadi kenapa tiba-tiba perlu keluar kenyataan khas kononnya lepasan tahfiz kini “berpeluang” masuk ke IPTA? Rakyat boleh membaca apa yang sedang berlaku.
“Hakikatnya isu utama yang mahu diumumkan sebenarnya ialah laluan untuk UEC. Tetapi bagi mengurangkan sensitiviti politik dan reaksi rakyat, nama “tahfiz” diletakkan sekali supaya naratif itu nampak lebih seimbang dan mudah diterima masyarakat Melayu Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan MADANI benar-benar mahu memperkasakan pendidikan tahfiz, masih terdapat pelbagai isu utama yang perlu diberikan perhatian dan diselesaikan terlebih dahulu.
Katanya, antara isu tersebut termasuk kebajikan guru tahfiz, pembangunan kurikulum, pengiktirafan serta bantuan kepada institusi tahfiz, akses kepada teknologi dan TVET selain peluang pekerjaan untuk graduan tahfiz.
“Inilah wayang politik persepsi. Aliran tahfiz dijadikan tempelan untuk menutup fokus sebenar kerajaan,” ujarnya lagi.
Berita berkaitan
May 15, 2026, 7:43 pm
KPM beri keutamaan rayuan perpindahan guru "duka lara"
May 15, 2026, 6:57 pm
Polis siasat kes bayi patah tulang paha ketika terima rawatan jaundis di Sungai Petani
May 15, 2026, 1:56 pm
BM, Sejarah tetap syarat wajib masuk IPTA lepasan UEC dan Tahfiz
May 15, 2026, 1:50 pm
Mekanik maut terjatuh jambatan selepas kereta terbabas
May 15, 2026, 1:45 pm
Penemuan dadah, telefon di lokap: Polis bertugas berdepan gantung tugas
May 15, 2026, 1:42 pm
MOT peruntuk RM1.5 juta kepada DBKL bina, naik taraf 100 hentian bas
May 15, 2026, 1:40 pm
Akses IPTA lepasan UEC, Tahfiz: Anthony Loke pelik pihak membantah
May 15, 2026, 1:34 pm
