Berita Berita
Pengiktirafan UEC ke IPTA, DAP menang besar - Pakar akdemik nasihat kerajaan kaji semula keputusan bersifat politik
KUALA LUMPUR 15 Mei – Keputusan kerajaan membuka laluan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) terus mengundang pelbagai reaksi apabila ada pihak menyifatkannya sebagai langkah yang boleh memberi implikasi terhadap dasar pendidikan nasional.
Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Teo Kok Seong berkata, pengiktirafan tersebut dilihat membuka ruang lebih luas kepada sistem pendidikan yang tidak selari dengan dasar nasional.
Katanya, keputusan itu juga tidak dapat dipisahkan daripada faktor politik semasa serta tekanan pihak tertentu dalam kerajaan.
“Bagi saya, pengiktirafan UEC ini seperti membuka pintu yang besar. Ia keputusan yang salah dan lebih bersifat keputusan politik.
“Tidak dapat dinafikan DAP telah lama memperjuangkan perkara ini dan sekarang mereka berjaya mendapatkan apa yang diinginkan,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Kok Seong berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan semalam apabila mengumumkan bersetuju membuka laluan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu.
Mengulas lanjut, Kok Seong yang juga seorang tokoh akademik berpendapat, keputusan tersebut dibuat susulan kedudukan politik semasa kerajaan, termasuk menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Katanya, isu pengiktirafan UEC sebelum ini sering ditangguhkan oleh kerajaan terdahulu, namun kini diluluskan dalam tempoh singkat akibat tekanan politik.
“Selama ini kerajaan terdahulu melengah-lengahkan perkara ini kerana memahami sensitiviti nasional. Tetapi sekarang ia dilihat dibuat kerana keperluan politik.
“Apabila keputusan seperti ini dibuat tanpa mengambil kira sistem pendidikan nasional, ia menjadi sesuatu yang membimbangkan,” katanya.
Kok Seong turut mendakwa pengiktirafan UEC boleh memberi kesan terhadap kedudukan sistem pendidikan kebangsaan sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Beliau bagaimanapun menegaskan, kewujudan sekolah persendirian bukan isu utama, namun pengiktirafan rasmi terhadap sistem tersebut perlu diperhalusi semula oleh kerajaan.
“Kalau mahu teruskan sistem itu di luar sistem nasional, itu hak mereka. Tetapi apabila diberi pengiktirafan rasmi, nilainya sudah berbeza dan perlu dilihat semula,” katanya yang juga seorang Pakar Bahasa dan Perpaduan.
Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebagai sebahagian usaha memperkasa akses pendidikan tinggi negara secara lebih inklusif tanpa menjejaskan standard akademik dan kualiti sistem pendidikan tinggi.
Katanya, calon daripada aliran berkenaan yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh boleh memohon program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline mengikut kiraan merit, berdasarkan pakej mata pelajaran ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM).
Berita berkaitan
May 15, 2026, 7:43 pm
KPM beri keutamaan rayuan perpindahan guru "duka lara"
May 15, 2026, 6:57 pm
Polis siasat kes bayi patah tulang paha ketika terima rawatan jaundis di Sungai Petani
May 15, 2026, 1:56 pm
BM, Sejarah tetap syarat wajib masuk IPTA lepasan UEC dan Tahfiz
May 15, 2026, 1:50 pm
Mekanik maut terjatuh jambatan selepas kereta terbabas
May 15, 2026, 1:45 pm
Penemuan dadah, telefon di lokap: Polis bertugas berdepan gantung tugas
May 15, 2026, 1:42 pm
MOT peruntuk RM1.5 juta kepada DBKL bina, naik taraf 100 hentian bas
May 15, 2026, 1:40 pm
Akses IPTA lepasan UEC, Tahfiz: Anthony Loke pelik pihak membantah
May 15, 2026, 1:34 pm
