TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KPM beri keutamaan rayuan perpindahan guru "duka lara"

By
|
Kongsi
image

IPOH 15 Mei – Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan keutamaan tinggi terhadap permohonan perpindahan guru "duka lara" bagi memastikan kebajikan golongan pendidik yang terpaksa tinggal berjauhan daripada pasangan terus terpelihara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan bahawa faktor pasangan jarak jauh merupakan alasan paling utama dipertimbangkan, di mana kementerian telah berjaya menyelesaikan 80 peratus permohonan berkaitan isu tersebut selain faktor kesihatan.

Beliau menjelaskan bahawa KPM turut memberikan kelonggaran dengan mengurangkan tempoh syarat permohonan kepada dua tahun lebih awal bagi memudahkan urusan para guru untuk kembali bersama keluarga masing-masing.

Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengesahkan kementerian telah menyelesaikan pelantikan bagi mengisi 50 kekosongan jawatan guru besar dan pengetua di seluruh negara bagi memantapkan urusan pentadbiran sekolah.

Langkah pengisian segera itu penting bagi memastikan ekosistem pendidikan serta agenda reformasi sekolah dapat dilaksanakan secara efisien tanpa gangguan pada peringkat pengurusan tertinggi sekolah.

Beliau menegaskan bahawa kekuatan pentadbir adalah tunjang utama dalam membina ekosistem sekolah yang kukuh, terutamanya dalam menangani isu keselamatan serta kebajikan murid secara menyeluruh.

+ - reset