TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis nafi unsur aniaya kematian anggota semasa latihan kawad

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 Mei – Polis menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas yang tular kononnya wujud unsur penganiayaan berhubung kematian seorang anggota semasa menjalani sesi latihan kawad tambahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superitenden Mior Mohd Nor menjelaskan bahawa laporan bedah siasat daripada Hospital Sultan Idris Shah mengesahkan punca kematian anggota berusia 37 tahun itu adalah disebabkan penyakit jantung.

Pihak pakar patologi forensik juga telah memberikan penjelasan terperinci mengenai hasil bedah siasat tersebut secara bersemuka kepada ahli keluarga Allahyarham bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Meskipun punca kematian telah dikenal pasti, sebuah jawatankuasa penyiasat tetap ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) secara telus bagi meneliti setiap aspek kejadian.

Jenazah Koperal Khairil Idzhar Rodzi yang bertugas di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda itu telah selamat dikebumikan di Bukit Keteri, Perlis pada pagi semalam.

Orang ramai turut dinasihatkan agar berhenti menyebarkan spekulasi tidak sahih bagi menghormati sensitiviti serta menjaga kebajikan keluarga Allahyarham yang sedang dalam suasana hiba.

+ - reset