TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Siasatan terhadap Tan Sri Krishnan Tan selesai: IJM beri tumpuan pada agenda strategik

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 Mei – IJM Corporation Berhad (IJM) menyambut baik pengumuman Bursa Malaysia mengenai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menamatkan siasatan terhadap Pengerusi Bukan Eksekutifnya, Tan Sri Krishnan Tan, dengan status tiada tindakan lanjut (NFA).

Syarikat tersebut menegaskan komitmen mereka dalam memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh siasatan bagi memastikan segala proses perundangan dan integriti korporat dipatuhi sepenuhnya.

Pihak SPRM sebelum ini turut mengesahkan bahawa penelitian yang dijalankan adalah bersifat individu dan tidak melibatkan IJM sebagai sebuah entiti perniagaan dalam sebarang isu salah laku yang dibangkitkan.

Susulan perkembangan positif ini, IJM kini tekad untuk meneruskan momentum pertumbuhan syarikat dengan memfokuskan kepada pelaksanaan keutamaan strategik serta pengukuhan nilai portfolio perniagaan teras kumpulan.

Kumpulan itu juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan, termasuk pemegang saham dan kakitangan, atas kepercayaan yang tidak berbelah bahagi sepanjang isu berkenaan berlangsung.

Sebelum ini, Krishnan telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tadbir urus korporat dan transaksi kewangan luar negara yang melibatkan kerjasama agensi penguatkuasa antarabangsa.

+ - reset