TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Keluar PKR hak peribadi Asheeq Ali, jangan serang parti - Prabakaran

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 16 Mei – Keputusan peguam aktivis, Asheeq Ali Sethi Alivi untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan sebagai hak peribadi dalam sebuah negara demokrasi, namun tindakan berkenaan tidak wajar disertai dengan dakwaan kononnya parti itu telah menyimpang daripada prinsip reformasi.

Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran menegaskan bahawa Keadilan sehingga kini tetap utuh berdiri atas paksi keadilan, integriti, reformasi institusi, serta agenda membela kebajikan rakyat jelata.

Di bawah teraju Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim, gerakan politik tersebut dipastikan terus berjalan selari dengan semangat asal penubuhannya.

Prabakaran turut mempersoalkan sama ada tindakan drastik tersebut berpunca daripada rasa kecewa Asheeq Ali apabila sebahagian Ahli Jawatankuasa serta akar umbi di cabang Batu didakwa tidak mencadangkan nama beliau, sebaliknya lebih cenderung menyokong calon lain termasuk calon luar.

Sebarang perbezaan pandangan mahupun persaingan dalaman dalam sebuah wadah demokratik sewajarnya diselesaikan secara matang, tertib, dan berhemah melalui saluran rasmi organisasi, bukannya menerusi siri serangan terbuka yang boleh mencetuskan persepsi salah.

Sambil mendoakan yang terbaik buat hala tuju politik Asheeq Ali selepas ini, beliau mengingatkan bahawa kekecewaan peribadi atau isu dalaman tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menggambarkan kononnya parti telah mengkhianati asas perjuangannya.

+ - reset