TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Guru tonggak masa depan, kecemerlangan pendidik terus diiktiraf - Fadhlina

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 16 Mei – Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini bukan sekadar meraikan pencapaian pendidik, sebaliknya menjadi platform mengiktiraf peranan besar guru sebagai nadi utama dalam membentuk generasi masa depan negara.

Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang berlangsung semalam menyaksikan pengiktirafan diberikan kepada guru cemerlang dalam 31 kategori merangkumi bidang STEM, teknologi dan digital, pendidikan khas, sukan, kepimpinan serta kesukarelawanan.

Kesemua penerima anugerah disifatkan telah melakar pelbagai kecemerlangan dan memberi sumbangan bermakna kepada landskap pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata seorang guru cemerlang tidak hanya diukur menerusi pencapaian akademik murid, tetapi juga melalui keupayaan membentuk insan beradab, berakhlak, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Kecemerlangan Dr Velerie misalnya dilihat mencerminkan makna sebenar pendidikan yang memanusiakan manusia apabila beliau gigih memperjuangkan pendidikan inklusif, kesejahteraan emosi murid serta pembangunan komuniti luar bandar.

Pendekatan berasaskan kasih sayang, regulasi emosi dan inovasi pendidikan yang dibawa beliau turut disifatkan membantu mewujudkan sistem pendidikan lebih inklusif untuk anak-anak Malaysia.

Walaupun hanya sebilangan kecil guru diraikan pada majlis tersebut, hakikatnya terdapat ratusan ribu lagi pendidik di seluruh negara yang terus komited memikul tanggungjawab mendidik dan membentuk generasi masa depan.

“Setiap guru adalah wira barisan hadapan pendidikan negara. Setiap usaha mereka membawa makna besar kepada masyarakat dan negara,” menurut kenyataan itu.

 

+ - reset