Berita Berita
Fahmi sahkan parti komponen komited bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal
KUALA LUMPUR 20 Mei – Kesemua parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan menzahirkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk terus berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga tamat penggal pentadbiran penuh.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, penegasan solidariti politik itu disuarakan oleh pimpinan parti-parti sekutu sejurus Anwar menyentuh mengenai kemungkinan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal.
“Perdana Menteri telah menyatakan penghargaan dan komitmen semua rakan-rakan parti komponen Kerajaan Madani. Parti-parti tersebut terus menyokong dan kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal pentadbiran.
“Komitmen ini mencerminkan keutamaan yang diberikan terhadap kepentingan rakyat dan negara sekali gus membolehkan memberi tumpuan penuh dalam usaha menangani cabaran ekonomi,” katanya dalam satu sidang media mingguan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.
Terdahulu, ketika berucap di pentas Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026, Anwar secara terbuka membayangkan kemungkinan untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat jika landskap kestabilan politik tanah air terus digugat oleh rakan kerjasama strategik dalam blok kerajaan.
Ketegangan itu dilaporkan berputik susulan tindakan drastik UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang menyatakan pendirian tegas untuk meletakkan calon dan bertanding di kesemua kerusi tanpa kompromi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Dalam perkembangan berasingan, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menambah, Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut memperincikan persediaan rapi bagi menghadapi sidang Dewan Rakyat akan datang. Langkah itu diambil susulan tindakan mengejut Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli (Pandan) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) yang bertindak mengosongkan kerusi Parlimen mereka, berkuat kuasa hari ini.
Berita berkaitan
May 20, 2026, 9:23 pm
Polis sahkan terima laporan sekumpulam pelajar bertumbuk depan sekolah di Klang
May 20, 2026, 8:53 pm
Tiada keperluan untuk adakan PRK Pandan, Setiawangsa - SPR
May 20, 2026, 8:07 pm
Harga diesel naik 10 sen, RON95 naik 20 sen
May 20, 2026, 7:15 pm
TUDM sahkan enjin Hornet bermasalah sebelum mendarat cemas
May 20, 2026, 3:19 pm
