Berita Berita
Polis sahkan terima laporan sekumpulam pelajar bertumbuk depan sekolah di Klang
KLANG 20 Mei – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di luar sebuah sekolah di Pandamaran di sini yang tular di media sosial hari ini.
Rakaman berdurasi 26 saat itu memaparkan beberapa individu saling menumbuk dan menendang antara satu sama lain, manakala beberapa remaja lain dilihat berada di lokasi kejadian menyaksikan pergaduhan tersebut.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Lim Jit Huey berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan individu terlibat.
“Setakat ini saya sahkan ada menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Ia (kes) masih dalam tindakan pasukan termasuk pengesahan lanjut mengenainya,” katanya ringkas petang ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program pelupusan pelbagai barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini.
Menurutnya, pelupusan tersebut membabitkan barang kes bernilai RM636,950 melibatkan aktiviti kontraban, perjudian, barang kes am dan perlombongan Bitcoin haram.
Katanya, antara barang yang dilupuskan ialah 16,869 barang kes kontraban, 899 unit berkaitan perjudian, 626 unit perlombongan Bitcoin dan 162 unit barang kes am yang telah selesai proses mahkamah.
Berita berkaitan
May 20, 2026, 8:53 pm
Tiada keperluan untuk adakan PRK Pandan, Setiawangsa - SPR
May 20, 2026, 8:07 pm
Harga diesel naik 10 sen, RON95 naik 20 sen
May 20, 2026, 7:44 pm
Fahmi sahkan parti komponen komited bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal
May 20, 2026, 7:15 pm
TUDM sahkan enjin Hornet bermasalah sebelum mendarat cemas
May 20, 2026, 3:19 pm
