Berita Berita
Sorok sekarung guni daun ketum di dapur: Warga emas positif dadah ditahan di Tawau
TAWAU 21 Mei – Seorang lelaki warga emas ditahan bersama lebih lima kilogram daun ketum serta 10.5 liter air ketum sedia ada dalam satu serbuan di sebuah kediaman di Kampung Kinabutan Besar Batu 5, Jalan Apas, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin memaklumkan, suspek yang berusia 64 tahun itu berjaya diberkas kira-kira jam 2.30 petang hasil risikan berterusan dan operasi taktikal yang digerakkan oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.
Hasil pemeriksaan rapi di ruang dapur rumah berkenaan membawa kepada penemuan sekarung guni plastik yang sarat mengandungi daun ketum seberat 5,572.29 gram, selain empat botol plastik berisi cecair hijau disyaki air ketum dengan jumlah keseluruhan 10.5 liter.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM510.10 dan suspek mengaku mendapatkan bekalan daun ketum daripada seorang lelaki yang dikenali menerusi aplikasi Facebook pada harga RM70 sekilogram.
"Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Siasatan lanjut ke atas pesara/warga emas terbabit kini dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 bagi kesalahan pemilikan daun dan air ketum, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ekoran keputusan saringan urin yang menunjukkan kandungan dadah sintetik dalam badan suspek.
Berita berkaitan
May 21, 2026, 8:43 am
Remaja 20 tahun maut, tersepit bawah jengkaut berhampiran MSU
May 21, 2026, 8:39 am
IPD Pasir Puteh terbakar awal pagi, 4 motosikal polis trafik musnah 100 peratus
May 21, 2026, 8:28 am
Tragedi lombong emas haram: Dua lelaki maut tertimbus runtuhan tebing tanah di Jeli
May 20, 2026, 9:23 pm
Polis sahkan terima laporan sekumpulam pelajar bertumbuk depan sekolah di Klang
May 20, 2026, 8:53 pm
Tiada keperluan untuk adakan PRK Pandan, Setiawangsa - SPR
May 20, 2026, 8:07 pm
Harga diesel naik 10 sen, RON95 naik 20 sen
May 20, 2026, 7:44 pm
