Berita Berita
Tragedi lombong emas haram: Dua lelaki maut tertimbus runtuhan tebing tanah di Jeli
JELI 21 Mei – Aktiviti memburu hasil bumi bertukar tragedi apabila dua lelaki maut selepas tertimbus di dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter ketika dipercayai sedang melakukan aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, di sini, malam tadi.
Dalam insiden menyayat hati kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi rakan mereka bagaimanapun dilaporkan bernasib baik dan terselamat daripada runtuhan berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli, Penolong Penguasa Bomba Adni Ibrahim mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian mangsa tertimbus tanah sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi misi mencari dan menyelamat (SAR).
Menurut beliau, fasa awal operasi berdepan kesukaran yang tinggi apabila jentera berat milik bomba tidak dapat memasuki kawasan ladang sawit terbabit ekoran faktor laluan masuk yang terlalu sempit dan bergepoh.
"Komander operasi memaklumkan pasukan terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis pikap untuk masuk ke lokasi kejadian.
"Operasi pencarian dimulakan pada jam 9.20 malam dan didapati benar terdapat dua mangsa tertimbus akibat runtuhan tebing tanah setinggi dua meter di kawasan anak sungai," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai tempoh penemuan, Adni memberitahu mangsa pertama berjaya dikeluarkan oleh anggota penyelamat pada jam 9.25 malam, manakala mangsa kedua ditemui selang dua jam kemudian iaitu pada jam 11.18 malam.
Kedua-dua mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan akibat kecederaan parah dan sesak nafas sebelum mayat mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi SAR yang melibatkan kekuatan sembilan anggota bersama bantuan jentera Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta Rapid Rescue Vehicle (RRV) itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.40 malam selepas kawasan sekitar disahkan selamat.
Berita berkaitan
May 21, 2026, 8:43 am
Remaja 20 tahun maut, tersepit bawah jengkaut berhampiran MSU
May 21, 2026, 8:39 am
IPD Pasir Puteh terbakar awal pagi, 4 motosikal polis trafik musnah 100 peratus
May 21, 2026, 8:24 am
Sorok sekarung guni daun ketum di dapur: Warga emas positif dadah ditahan di Tawau
May 20, 2026, 9:23 pm
Polis sahkan terima laporan sekumpulam pelajar bertumbuk depan sekolah di Klang
May 20, 2026, 8:53 pm
Tiada keperluan untuk adakan PRK Pandan, Setiawangsa - SPR
May 20, 2026, 8:07 pm
Harga diesel naik 10 sen, RON95 naik 20 sen
May 20, 2026, 7:44 pm
