Berita Berita
Guna AI reka video fitnah Agong gemar makan daging babi, Royal Press Office desak tindakan tegas
KUALA LUMPUR 21 Mei – Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor, Royal Press Office (RPO), mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan paling tegas terhadap dalang di sebalik kewujudan akaun TikTok palsu yang dikesan menyebarkan fitnah jahat serta menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, akaun palsu berkenaan menggunakan nama "Sultan Ibrahim Ismail" dan didapati mengeksploitasi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menghasilkan kandungan berunsur penghinaan melampau terhadap Seri Paduka Baginda.
Antara kandungan biadab yang dimuat naik menerusi akaun tersebut termasuklah sebuah rakaman video yang memaparkan dakwaan palsu kononnya Yang di-Pertuan Agong gemar memakan daging khinzir. Kenyataan itu menegaskan, tohmahan tersebut adalah rekaan sepenuhnya dan sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam memandangkan Seri Paduka Baginda merupakan seorang Raja Melayu serta Ketua Negara yang beragama Islam.
"Royal Press Office turut melahirkan rasa kesal terhadap satu lagi imej dalam akaun berkenaan yang memaparkan wajah Seri Paduka Baginda dipadankan pada tubuh seekor haiwan, yang jelas bersifat menghina dan tidak bertanggungjawab," menurut hantaran rasmi itu hari ini.
RPO menyifatkan manipulasi digital menggunakan teknologi moden itu sebagai satu bentuk penghinaan yang amat serius, berniat jahat, serta cuba mencalar kedaulatan institusi diraja negara.
Sehubungan itu, pihak RPO meletakkan harapan yang tinggi agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat mengesan, menyekat, dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan kadar segera demi membendung trend penyalahgunaan AI untuk tujuan fitnah.
Berita berkaitan
May 21, 2026, 8:43 am
Remaja 20 tahun maut, tersepit bawah jengkaut berhampiran MSU
May 21, 2026, 8:39 am
IPD Pasir Puteh terbakar awal pagi, 4 motosikal polis trafik musnah 100 peratus
May 21, 2026, 8:28 am
Tragedi lombong emas haram: Dua lelaki maut tertimbus runtuhan tebing tanah di Jeli
May 21, 2026, 8:24 am
Sorok sekarung guni daun ketum di dapur: Warga emas positif dadah ditahan di Tawau
May 20, 2026, 9:23 pm
Polis sahkan terima laporan sekumpulam pelajar bertumbuk depan sekolah di Klang
May 20, 2026, 8:53 pm
Tiada keperluan untuk adakan PRK Pandan, Setiawangsa - SPR
May 20, 2026, 8:07 pm
Harga diesel naik 10 sen, RON95 naik 20 sen
May 20, 2026, 7:44 pm
