TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar hubungi Vijay Thalapathy, maklumkan kemungkinan ke Tamil Nadu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengadakan perbualan telefon dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay pada Jumaat bagi mengucapkan tahniah atas amanah besar yang kini dipikul pemimpin itu untuk rakyat negeri berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau turut memaklumkan kepada Vijay mengenai lawatannya ke India pada September depan untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS selain mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Menurut beliau, sekiranya berkesempatan, lawatan tersebut juga akan disusuli dengan kunjungan singkat ke Tamil Nadu.

“Semoga CM Vijay terus diberikan kekuatan dan hikmah untuk memimpin serta mentadbir dengan baik demi kesejahteraan rakyat dan masa depan yang sempurna buat Tamil Nadu,” katanya menerusi hantaran itu.

Vijay sebelum ini mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Tamil Nadu 2026 yang berlangsung awal bulan ini.

Kerajaan pimpinannya memperoleh sokongan 144 anggota Dewan manakala 22 undi menentang dalam Dewan yang mempunyai 234 kerusi.

+ - reset