Berita Berita
Malaysia perlu kurangkan kebergantungan kepada buruh asing - Anwar
KUALA LUMPUR 23 Mei — Kerajaan mahu memperkukuh tenaga kerja tempatan menerusi pendidikan dan latihan kemahiran susulan kebimbangan terhadap kebergantungan negara kepada pekerja asing yang disifatkan tidak boleh berterusan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu bergerak ke arah ekonomi bernilai tinggi dan tidak lagi hanya bergantung kepada tenaga buruh asing murah.
Menurut beliau, kerajaan kini sedang memperluaskan kapasiti latihan menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), universiti serta kolej bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir tempatan.
“Apabila kita naik ke peringkat lebih tinggi, kita sedar bahawa kita tidak boleh hanya bergantung kepada buruh asing murah,” katanya pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 12: Memacu Kedudukan Malaysia dalam Gelombang Baharu Aliran Modal Global, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pandangan Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation Bhd, Lim Wee Chai yang menekankan kepentingan peningkatan kemahiran pekerja, kejuruteraan dan bakat eksekutif dalam sektor industri.
Dalam masa sama, Lim berkata industri turut memerlukan sokongan kerajaan khususnya dari aspek pembangunan bakat dan daya saing kos operasi.
“Bagaimana kita rakyat Malaysia boleh jadi lebih efisien? Termasuk kos utiliti seperti elektrik dan air. Kos buruh juga sangat penting dari segi kecekapan,” katanya.
Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia ketika ini menggajikan lebih dua juta pekerja asing dan jumlah itu dianggap membimbangkan.
“Jadi ini perlu diberi perhatian dan kita perlu terima hakikat bahawa ia tidak boleh berterusan seperti ini,” katanya.
Beliau turut memaklumkan kerajaan akan meneruskan sesi libat urus bersama pemain industri bagi mencari pendekatan seimbang antara keperluan daya saing ekonomi dan usaha mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Berita berkaitan
May 23, 2026, 1:43 pm
Rayer menang saman fitnah, netizen diperintah bayar RM100,000
May 23, 2026, 12:52 pm
Amirudin teruk dikecam jawab tak jumpa tanah untuk bina hospital awam baru di PJ
May 23, 2026, 10:23 am
Anwar hubungi Vijay Thalapathy, maklumkan kemungkinan ke Tamil Nadu
May 23, 2026, 9:33 am
JAKIM guna AI percepat proses pensijilan halal
May 22, 2026, 8:19 pm
Ibu sedih anak kerap dibuli di sekolah hingga retak tulang tangan, muka lebam
May 22, 2026, 4:43 pm
Ustaz Mad Kecik selamat diijabkabulkan dengan pelajar madrasah
May 22, 2026, 4:43 pm
