TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penduduk di kebanyakan negeri dijangka sambut Aidiladha dalam hujan dan ribut petir

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 25 Mei – Umat Islam di beberapa negeri khususnya di utara Semenanjung dijangka menyambut pagi Hari Raya Aidiladha dalam keadaan hujan dan ribut petir.

Menurut perkongsian Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca tidak menentu itu dijangka melibatkan negeri Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan serta Sarawak melibatkan bahagian Sri Aman, Betong, Bintulu dan Kapit, selain beberapa kawasan di Sabah.

Pada sebelah petang pula, ribut petir dan hujan lebat dijangka masih melanda Perlis, Kedah, Labuan, Sabah serta Sarawak melibatkan bahagian Mukah, Sibu, Bintulu dan Miri.

Keadaan cuaca sama turut diramal berlaku di Kelantan dan Terengganu.

Berdasarkan ramalan MetMalaysia, hujan pada sebelah petang itu dijangka berterusan hingga malam di Terengganu, Labuan, Sabah dan Sarawak melibatkan bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang.

Negeri lain yang turut dijangka menerima hujan pada waktu malam ialah Pahang dan Perak.

MetMalaysia turut meramalkan beberapa negeri terbabit akan terus mengalami hujan lebat dan ribut petir pada hari kedua Aidiladha termasuk beberapa kawasan di Johor pada sebelah petang.

Menurut agensi itu, ramalan cuaca akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web rasmi MetMalaysia.

+ - reset