Berita Berita
Kes rasuah Muhyiddin: Mahkamah panggil Tengku Zafrul jadi saksi Julai ini
KUALA LUMPUR 25 Mei – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akan dipanggil sebagai saksi ke-11 dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Muhyiddin Yassin pada 6 Julai ini.
Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Ruwena Md Nurdin menetapkan tarikh berkenaan selepas prosiding hari ini selesai, yang menyaksikan pihak pendakwaan mengemukakan pernyataan pembukaan serta keterangan seorang saksi formal.
Saksi ke-10 pendakwaan itu ialah Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), R Harshini.
Dalam prosiding sama, Noor Ruwena turut berharap kes berprofil tinggi itu dapat diselesaikan sebelum 14 September depan.
“Saya rasa Tan Sri juga nak kes ini selesai, kalau tidak nak bergerak pun susah,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan bahawa seramai 18 lagi saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes berkenaan.
Pada prosiding hari ini, Muhyiddin, 79, hadir ke mahkamah dengan memakai sut berwarna merah tua dan dilihat tenang ketika berada di kandang tertuduh.
Ahli Parlimen Pagoh itu berdepan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta selain beberapa pertuduhan menerima hasil aktiviti haram membabitkan RM195 juta.
Berita berkaitan
May 25, 2026, 3:58 pm
Sokong pekebun kecil, Kerajaan teruskan skim bantuan BUDI Agri-Komoditi secara bersasar
May 25, 2026, 3:54 pm
JASANUSA gesa SPRM siasat syarikat tawar pakej qurban luar negara
May 25, 2026, 3:48 pm
Petronas beri jaminan stok minyak negara cukup sehingga Julai
May 25, 2026, 2:04 pm
Penduduk di kebanyakan negeri dijangka sambut Aidiladha dalam hujan dan ribut petir
May 25, 2026, 1:07 pm
21 AJK PKR Shah Alam letak jawatan, dakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti
May 25, 2026, 12:42 pm
Maha Berjaya raih sambutan luar biasa, lebih 1,000 kambing qurban terjual tahun ini
May 25, 2026, 11:31 am
