Berita Berita
'Mangsa dipukul, lambat beri rawatan' - Kematian tahanan di Penjara Taiping langgar hak asasi manusia - SUHAKAM
KUALA LUMPUR 25 Mei – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati kematian tahanan mahkamah tinggi (TMT), Gan Chin Eng, 61, semasa insiden di Penjara Taiping pada 17 Januari tahun lalu merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang serius.
Pengerusi Suhakam, Mohd Hishamudin Md Yunus berkata, Panel Inkuiri Awam turut mengenal pasti beberapa pelanggaran hak asasi manusia yang dipercayai menyumbang kepada kematian mangsa.
Menurut beliau, antara pelanggaran yang dikenal pasti termasuk unsur kekerasan terhadap mangsa, kelewatan memberikan rawatan, kecuaian dalam rawatan serta kekurangan kemudahan rawatan kecemasan di penjara terbabit.
“Panel Inkuiri Awam mendapati terdapat pelbagai fakta yang boleh disimpulkan bahawa kekerasan melampau telah dilakukan ke atas Chin Eng oleh anggota penjara.
“Walaupun tiada saksi mata atau keterangan langsung berhubung tindakan tersebut, fakta-fakta yang dikemukakan semasa prosiding inkuiri serta bukti mengikut keadaan jelas menunjukkan kecederaan dialami Chin Eng berpunca daripada tindakan kekerasan anggota Penjara Taiping sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Pengumuman Keputusan Inkuiri Awam: Insiden Penjara Taiping, hari ini.
Beliau berkata, panel turut mendapati berlaku kelewatan dalam membawa mangsa mendapatkan rawatan kecemasan meskipun keadaannya dilaporkan semakin kritikal.
Katanya, Chin Eng didapati berada di Pintu Besar Penjara Taiping sekurang-kurangnya 35 minit sebelum dihantar ke Hospital Taiping sedangkan tempoh tindak balas kecemasan sepatutnya sekitar lima minit.
“Panel juga mendapati berlaku kecuaian apabila Chin Eng tidak diberikan rawatan awal kecemasan sewajarnya sebelum dihantar ke hospital.
“Malah, kakitangan perubatan turut didapati meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sehingga tahanan lain terpaksa memberikan bantuan pernafasan walaupun tidak mempunyai kemahiran,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan berlaku kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari tahun lalu yang menyebabkan seorang banduan meninggal dunia.
Insiden berkenaan membabitkan prospek yang dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping.
Difahamkan lebih 100 banduan yang majoritinya dipindahkan dari Batu Gajah dipukul sehingga menyebabkan kematian Chin Eng dan kejadian dikatakan berpunca apabila seorang tahanan meminta seorang warder penjara untuk dipindahkan ke tempat lain.
Susulan itu, seorang pegawai penjara yang bertugas di Pusat Koreksional Taiping dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Taiping pada Disember tahun lalu kerana menyebabkan kematian tahanan berkenaan.
Berita berkaitan
May 25, 2026, 3:58 pm
Sokong pekebun kecil, Kerajaan teruskan skim bantuan BUDI Agri-Komoditi secara bersasar
May 25, 2026, 3:54 pm
JASANUSA gesa SPRM siasat syarikat tawar pakej qurban luar negara
May 25, 2026, 3:48 pm
Petronas beri jaminan stok minyak negara cukup sehingga Julai
May 25, 2026, 2:44 pm
Kes rasuah Muhyiddin: Mahkamah panggil Tengku Zafrul jadi saksi Julai ini
May 25, 2026, 2:04 pm
Penduduk di kebanyakan negeri dijangka sambut Aidiladha dalam hujan dan ribut petir
May 25, 2026, 1:07 pm
21 AJK PKR Shah Alam letak jawatan, dakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti
May 25, 2026, 12:42 pm
Maha Berjaya raih sambutan luar biasa, lebih 1,000 kambing qurban terjual tahun ini
May 25, 2026, 11:31 am
