TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Kepala dihentak, patah beberapa tulang rusuk' - Bapa didakwa bunuh anak 2 bulan di Kampung Bukit Kuda

By
|
Kongsi
image

 

LABUAN 25 Mei – Seorang lelaki berusia 37 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuannya berusia dua bulan di sebuah rumah di Kampung Bukit Kuda, awal bulan ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Azmi Amat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Melissa Chia Pui Fung.

Mengikut fakta kes, kejadian terbongkar selepas polis menerima maklumat daripada Hospital Labuan kira-kira 2.40 pagi pada 9 Mei berhubung seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang dibawa ke hospital kerana disyaki menjadi mangsa penderaan.

Bayi itu kemudian meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Hasil bedah siasat mendapati bayi itu mengalami kecederaan serius di kepala akibat hentaman objek tumpul selain beberapa patah tulang rusuk.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes.

+ - reset