Berita Berita
B.N Reddy kagum komuniti India Muslim kekal jadi jambatan perkukuh hubungan Malaysia-India
Komuniti India Muslim jadi jambatan kukuhkan hubungan Malaysia-India – Pesuruhjaya Tinggi India
KUALA LUMPUR 25 Mei – Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B. N. Reddy menyifatkan komuniti India Muslim di negara ini sebagai “jambatan hidup” yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India.
Beliau berkata, komuniti tersebut bukan sahaja berjaya mengekalkan nilai sosio budaya dan agama mereka, malah turut menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam pelbagai sektor.
“Saya berbesar hati dapat bersama dalam perhimpunan MUKMIM hari ini, sebuah organisasi komuniti India Muslim Malaysia yang memberi tumpuan kepada kehidupan sosioekonomi dan kebudayaan masyarakat India Muslim di Malaysia.
“Saya juga amat gembira melihat kehadiran hampir 60 pemimpin komuniti India Muslim Malaysia yang berkumpul hari ini selain mengadakan majlis perpisahan sempena tamat tempoh perkhidmatan saya di Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis anjuran MUKMIM sempena tamat tempoh perkhidmatannya di Malaysia.
Menurut beliau, sepanjang penugasannya, beliau berpeluang berinteraksi dengan komuniti India Muslim di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Laos dan Malaysia.
Katanya, komuniti India Muslim di Malaysia menunjukkan pencapaian yang amat membanggakan dalam bidang ekonomi sambil terus mengekalkan identiti serta nilai tradisi mereka.
“Saya ingin menyatakan bahawa komuniti India Muslim di Malaysia berjaya menyumbang dalam pelbagai sektor ekonomi negara sambil mengekalkan nilai sosio budaya dan agama mereka.
“Pada masa sama, mereka turut memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan cara yang amat membanggakan,” katanya.
Tambah beliau, hubungan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara memainkan peranan besar dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik Malaysia dan India.
“Di India, kami melihat kehadiran komuniti India Muslim sebagai jambatan hidup yang membantu memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia dan India.
“Pemimpin kedua-dua negara juga sentiasa menekankan kepentingan hubungan antara rakyat serta sejarah panjang komuniti India di Malaysia yang memainkan peranan sangat penting,” katanya.
Reddy turut berkongsi pengalaman beliau mengunjungi beberapa lokasi termasuk Pulau Pinang dan bertemu komuniti India Muslim yang aktif dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan, tekstil, barang kemas dan industri makanan.
Beliau turut memuji peranan Liga Muslim Pulau Pinang yang disifatkannya antara organisasi tertua komuniti India Muslim di Malaysia sejak ditubuhkan pada 1949.
Selain itu, beliau turut menyentuh peranan persatuan restoran India Muslim di Malaysia yang menurutnya mempunyai lebih 12,000 premis dan membantu mempromosikan masakan Malaysia di peringkat antarabangsa.
“Persatuan restoran antara yang terbesar di Malaysia dengan lebih 12,000 premis dan memainkan peranan penting dalam memperkenalkan masakan Malaysia yang kini terkenal di seluruh dunia,” katanya.
Dalam sektor pendidikan pula, beliau berkata, hubungan kerjasama turut diperkukuhkan menerusi penglibatan pelajar India dalam pengajian Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Katanya, beliau turut berpeluang melawat universiti itu serta terlibat dalam usaha membuka cawangan alumni pelajar India di institusi berkenaan.
Mengulas mengenai peranan MUKMIM, beliau yakin organisasi tersebut mampu terus menjadi penghubung penting dalam mempererat hubungan komuniti India Muslim dengan kedua-dua negara.
“Saya berharap MUKMIM dan kepimpinannya termasuk Presiden Pro-Tem, Datuk Wira Shahul Hamid Dawood serta pemimpin komuniti lain akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara pada masa depan,” katanya.
Berita berkaitan
May 25, 2026, 8:34 pm
Pokok tumbang di tiga lokasi ibu negara; hempap bumbung parkir, kenderaan
May 25, 2026, 8:27 pm
Bomba bertindak pantas selamatkan kanak-kanak setahun terkunci dalam Perodua Aruz
May 25, 2026, 7:28 pm
Parti dadah, pesta gay di hotel mewah diserbu, 51 lelaki ditahan
May 25, 2026, 3:58 pm
Sokong pekebun kecil, Kerajaan teruskan skim bantuan BUDI Agri-Komoditi secara bersasar
May 25, 2026, 3:54 pm
JASANUSA gesa SPRM siasat syarikat tawar pakej qurban luar negara
May 25, 2026, 3:48 pm
Petronas beri jaminan stok minyak negara cukup sehingga Julai
May 25, 2026, 2:44 pm
