Berita Berita
Bomba bertindak pantas selamatkan kanak-kanak setahun terkunci dalam Perodua Aruz
SABAK BERNAM 25 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa melalui detik mencemaskan selepas dia dilaporkan terkunci di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Aruz dalam satu kejadian di Parit 8 Sungai Leman, Sekinchan, petang tadi.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 4.51 petang itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan selamat hasil tindakan pantas sepasukan anggota bomba yang menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kenderaan tersebut.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan bahawa pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan.
“Seramai empat anggota bersama dua aset termasuk sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) tiba di lokasi kira-kira pukul 5.01 petang.
“Hasil pemeriksaan mendapati seorang kanak-kanak lelaki terkunci di dalam kereta Perodua Aruz tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, komander operasi kemudiannya mengarahkan anggota bertugas untuk memulakan usaha menyelamat dengan membuka pintu kenderaan tersebut menggunakan peralatan khas.
Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan sebelum diserahkan semula kepada ahli keluarganya yang berada di lokasi kejadian.
Pihak bomba mengesahkan operasi menyelamat tersebut berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi dan diisytiharkan tamat sepenuhnya pada jam 5.22 petang.
Berita berkaitan
May 25, 2026, 10:11 pm
B.N Reddy kagum komuniti India Muslim kekal jadi jambatan perkukuh hubungan Malaysia-India
May 25, 2026, 8:34 pm
Pokok tumbang di tiga lokasi ibu negara; hempap bumbung parkir, kenderaan
May 25, 2026, 7:28 pm
Parti dadah, pesta gay di hotel mewah diserbu, 51 lelaki ditahan
May 25, 2026, 3:58 pm
Sokong pekebun kecil, Kerajaan teruskan skim bantuan BUDI Agri-Komoditi secara bersasar
May 25, 2026, 3:54 pm
JASANUSA gesa SPRM siasat syarikat tawar pakej qurban luar negara
May 25, 2026, 3:48 pm
Petronas beri jaminan stok minyak negara cukup sehingga Julai
May 25, 2026, 2:44 pm
