Berita Politik
PKR rombak jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin ganti Nurul Izzah
KUALA LUMPUR 26 Mei - Parti Keadilan Rakyat (PKR) melantik Naib Presidennya, Amirudin Shari sebagai pengarah pilihan raya parti bersama Saifuddin Nasution Ismail, menggantikan Timbalan Presiden parti, Nurul Izzah Anwar.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, rombakan tersebut merupakan sebahagian daripada penyelarasan strategik parti bagi memperkukuh koordinasi proses kerja sebagai persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
“Dalam fasa seterusnya ini, Nurul Izzah akan terus memainkan peranan strategik dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan keupayaan jentera pilihan raya PKR serta aliran kerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang berlangsung semalam dan turut melibatkan beberapa lagi penyusunan strategik bagi memperkukuh kesiapsiagaan parti.
Dalam mesyuarat sama, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan, Azman Abidin dilantik sebagai Pengarah Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya (war room).
Beliau akan dibantu bekas calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Ruji Ubi.
“Ia bagi memperkukuh penyelarasan strategi, operasi lapangan dan pemantauan gerak kerja pilihan raya,” katanya.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata perubahan beberapa jawatan dalam PKR adalah sebahagian daripada penyusunan semula strategik bagi memastikan gerak kerja pilihan raya parti terus diperkemas dan digerakkan secara menyeluruh di semua peringkat.
“Penyusunan ini juga kesinambungan kepada asas gerak kerja dibina sebelum ini, termasuk pengukuhan struktur pilihan raya, penyelarasan antara negeri dan cabang, serta peningkatan penggunaan data, sistem dan teknologi dalam operasi lapangan melalui pengenalan sistem pilihan raya TERAS,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa PKR memberi penekanan terhadap pembangunan anggota akar umbi bagi memastikan kekuatan parti terus diperkukuh secara menyeluruh dan berterusan.
Menurutnya, kekuatan PKR bukan hanya terletak pada pimpinan pusat, sebaliknya turut bergantung kepada ribuan ahli di lapangan yang terus mendekati dan membawa suara rakyat.
“Dalam semangat yang sama, PKR merakamkan penghargaan kepada semua anggota baharu yang telah menyertai parti, dengan jumlah keanggotaan baharu dari April ke Mei lalu mencecah seramai 5,936 orang.
“PKR kini bergerak ke fasa seterusnya dengan tekad untuk merapatkan saf parti, memperkukuh keupayaan akar umbi dan memastikan seluruh jentera bergerak sebagai satu pasukan yang fokus, tersusun dan bersedia menghadapi cabaran pilihan raya akan datang,” katanya.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
