TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 27 Okt. – Barisan Nasional (BN) Melaka digesa mengadakan semula rundingan agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan bantahan rasmi MCA berhubung pengumuman calon yang dibuat tanpa persetujuan parti komponen berkenaan.

Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menegaskan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh tidak sepatutnya membuat keputusan sepihak memandangkan MCA telah mengemukakan bantahan jelas menerusi surat rasmi.

Beliau membangkitkan persoalan mengenai percanggahan kenyataan Ab Rauf yang mendakwa agihan kerusi sudah dimuktamadkan, berbanding Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memaklumkan ruang rundingan masih terbuka.

Lawrence menegaskan bahawa tanggungjawab menguruskan rundingan tidak memberi hak kepada mana-mana pimpinan untuk membelakangkan prinsip konsensus serta mengambil alih hak membuat keputusan parti komponen lain.

Menurutnya, perbezaan pandangan MCA perlu ditangani secara adil berlandaskan tradisi BN sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 31 Oktober ini.

Pihak MCA menggesa kemelut pembahagian kerusi berkenaan diselesaikan segera menerusi perbincangan meja bulat demi memelihara semangat kerjasama dan maruah gabungan politik berkenaan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset