TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

(VIDEO) Pemandu kereta selamba guna laluan motosikal hingga jadi punca kesesakan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Mei – Sebuah klip video berdurasi 19 saat yang memaparkan sebuah kereta sedan berwarna biru tersangkut di dalam lorong sempit khas untuk motosikal di bersebelahan sebuah plaza tol menjadi tular di media sosial.

KLIK LINK UNTUK TONTON VIDEO PENUH

Klip video berkenaan pada asalnya dirakam oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Asal Jujur sebelum dimuat naik semula ke laman Facebook 'Update&Info my' sehingga meraih tumpuan meluas secara dalam talian.

Berdasarkan visual yang tular, pemandu kereta sedan biru tersebut dipercayai hanya menyedari kesilapan laluan yang dilakukannya selepas keadaan sudah terlambat.

Kenderaan itu dilihat berada dalam situasi janggal ketika cuba mengundur keluar dari laluan berpagar terbabit, sekali gus menghalang sepenuhnya laluan penunggang motosikal yang sedang menggunakan lorong berkenaan.

Tindakan pemandu itu nyata menaikkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain, terutamanya penunggang motosikal yang terperangkap di belakang kenderaan tersebut.

Mereka kedengaran membunyikan hon berulang kali bagi meluahkan rasa geram dan kecewa kerana laluan mereka terhalang sepenuhnya.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan lokasi tepat lebuh raya atau plaza tol mana insiden berkenaan berlaku.

Kejadian itu turut dihujani pelbagai reaksi kritikan daripada netizen di ruangan komen yang rata-ratanya menegur kecuaian pemandu terbabit.

Sebagai contoh, pengguna Facebook bernama Arjuna Dharmabakti meninggalkan komen bahawa cara pemandu itu mengundur sudah cukup membuktikan bahawa dia merupakan seorang yang cuai.

+ - reset