Berita Hiburan
Penerbit sendiri minta henti tayangan: Finas sahkan tiada arahan luar haramkan filem 'Konspirasi'
KUALA LUMPUR 29 Mei – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengesahkan bahawa penamatan tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam tanah air adalah dibuat atas permintaan penerbit itu sendiri dan bukannya berpunca daripada arahan mana-mana pihak luar.
Finas menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan pihaknya telah menerima pengesahan berhubung perkara tersebut daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad yang bertindak selaku pengedar rasmi filem berkenaan.
Berdasarkan semakan salinan emel yang dikongsikan, syarikat penerbitan filem tersebut iaitu Elepfilm Entertainment Sdn. Bhd. telah mengemukakan permohonan rasmi untuk menghentikan keseluruhan tayangan Konspirasi bermula Khamis (28 Mei).
Pihak Finas turut menjelaskan bahawa naskhah terbaharu itu sebelum ini telah pun memperoleh kelulusan rasmi daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) sebelum dibenarkan ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang pada 14 Mei lalu. Filem itu kemudiannya mula menemui penonton di 120 skrin pawagam seluruh negara bermula 21 Mei lepas.
Walau bagaimanapun, Finas mendedahkan bahawa mereka masih belum memperoleh sebarang penjelasan lanjut daripada pihak penerbit berhubung punca sebenar keputusan mengejut itu dibuat, meskipun beberapa usaha untuk menghubungi mereka telah dilakukan.
Sehubungan itu, badan bervisyen industri perfileman negara tersebut akan terus berusaha mendapatkan maklumat terperinci daripada semua pihak yang berkaitan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan terbaharu dari semasa ke semasa.
Filem Konspirasi yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar merupakan karya terbitan bersama antara Elepfilm Entertainment dan Asia Tropical Films.
Filem bergenre aksi kepolisan itu mengangkat kisah perjuangan barisan anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terpaksa berhadapan dengan misi berisiko tinggi demi membanteras jaringan rasuah serta isu kebocoran maklumat sulit negara.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
