TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu bas, ibu tunggal kantoi berkhalwat dalam bas

By
|
Kongsi
image

MELAKA 31 Mei – Seorang pemandu bas yang merupakan bapa tunggal bersama seorang wanita berstatus ibu tunggal dicekup oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di dalam sebuah bas di Jalan Hang Tuah, di sini semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 1.50 pagi itu, pasangan yang masing-masing berusia 37 dan 46 tahun tersebut diserbu ketika sedang tidur bersebelahan di atas kerusi kenderaan berkenaan.

Pengarah JAIM, Datuk Md. Azhan Samat memaklumkan bahawa pemeriksaan terperinci dijalankan selepas pihak berkuasa agama menerima maklumat daripada orang awam mengenai keadaan mencurigakan pasangan terbabit.

Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mendapati kedua-dua individu tersebut gagal mengemukakan sebarang bukti sah yang menunjukkan mereka mempunyai hubungan mahram atau status sebagai suami isteri.

“Ketika ditahan, pasangan yang berasal dari Melaka itu memberi alasan mereka hanya berehat selepas keluar makan bersama sebelum tertidur di dalam bas tersebut.

“Bagaimanapun, kedua-duanya gagal membuktikan mempunyai hubungan mahram atau suami isteri sebelum dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

+ - reset