Berita Berita
Sangka hilang lepas kenduri: Lelaki ditemui selamat sedang nyenyak tidur sebelah mesin basuh jiran
KUCHING 30 Mei – Kebimbangan sebuah keluarga yang menyangka seorang lelaki hilang selepas menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kampung Sira, Padawan awal pagi tadi berakhir apabila individu terbabit ditemui selamat sedang tidur di rumah jiran.
Kehilangan lelaki berkenaan pada mulanya telah mencetuskan keresahan dalam kalangan ahli keluarga selepas dia gagal dikesan sejurus menghadiri majlis perkahwinan di kampung tersebut sehingga mendorong mereka mendapatkan bantuan pihak berkuasa.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 4.39 pagi sebelum mengerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi.
Hasil maklumat awal mendapati lelaki terbabit yang merupakan abang ipar kepada pengadu telah hadir ke majlis perkahwinan di sebuah gereja di kampung berkenaan pada malam sebelumnya. Selepas selesai menjamu selera, mangsa dipercayai keluar untuk membuang air kecil kira-kira lapan meter dari rumah saudaranya sebelum gagal dikesan.
Sebaik tiba di lokasi pada jam 5.14 pagi, pasukan bomba mendapatkan maklumat lanjut sebelum operasi pencarian dilaksanakan secara bersama dengan kerjasama pihak polis, ahli keluarga, serta bantuan penduduk kampung.
Bagaimanapun, usaha mencari tersebut tidak mengambil masa yang lama apabila lelaki berkenaan akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan terselamat oleh penduduk kampung sekitar jam 6 pagi.
Mangsa ditemui ketika sedang nyenyak tidur di sebelah mesin basuh di rumah jirannya, dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati dia tidak mengalami sebarang bentuk kecederaan.
Susulan penemuan mengejutkan yang selamat itu, keseluruhan operasi pencarian membabitkan agensi penyelamat kemudiannya ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.09 pagi.
Berita berkaitan
May 30, 2026, 4:56 pm
MOT teliti guna teknologi kekang kes kecurian kabel landasan rel
May 30, 2026, 11:33 am
Gangguan MyIMMs berulang: Lip Eng gesa KDN dedah punca utama, bidas alasan 'hadapi saja'
May 30, 2026, 11:25 am
Pembangunan saksama Sabah, Sarawak fokus utama Kerajaan MADANI memperkukuh keharmonian
May 29, 2026, 11:40 pm
SPRM teliti isu naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil cecah hingga RM24 juta
May 29, 2026, 11:26 pm
