Berita Politik
52 tahun penubuhan: Ahmad Zahid mahu jentera BN bersatu, sedia depani politik matang
KUALA LUMPUR 1 Jun – Rakyat pada masa kini mahukan politik yang matang, kepimpinan yang bertanggungjawab, serta formula penyelesaian yang mampu mendepani pelbagai cabaran semasa dalam landskap dunia yang dilihat semakin kompleks.
Perkara itu ditegaskan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjelaskan bahawa sempena 52 tahun penubuhannya, BN mesti terus bergerak ke hadapan dengan membawa semangat pembaharuan yang berpaksikan kepada pengalaman, selain sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan tuntutan masa depan.
"Percayalah, perjalanan di hadapan tidak akan sentiasa mudah. Kita akan berdepan pelbagai medan sehingga medan terbesar Pilihan Raya Umum tidak lama lagi," katanya yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri menerusi satu hantaran di laman Facebook.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh saf kepimpinan, jentera parti, serta para penyokong untuk terus teguh bersatu padu, setia kepada prinsip perjuangan, dan sentiasa memahami denyut nadi rakyat demi memastikan gabungan itu kembali memperoleh mandat yang jauh lebih kukuh.
Presiden UMNO itu menambah, genap 52 tahun yang lepas, BN telah ditubuhkan sebagai sebuah gabungan wadah politik yang lahir daripada semangat persefahaman, kesederhanaan, dan kesediaan untuk membina negara menerusi formula kerjasama pelbagai kaum serta latar belakang.
Sepanjang tempoh lebih lima dekad bertapak, Ahmad Zahid berkata BN telah berjaya mengharungi pelbagai fasa perjuangan, termasuk era memimpin pertumbuhan ekonomi negara serta mendepani rentetan ujian yang menuntut ketabahan dan muhasabah yang tinggi.
"Namun, satu perkara yang tidak pernah berubah ialah komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan kestabilan negara," jelas beliau sambil merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh ahli serta jentera yang terus setia mendukung wadah perjuangan BN.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
