TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jangan lupa pengajaran 13 Mei 1969, detik sejarah hitam negara: Agong

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan seluruh lapisan rakyat agar tidak sesekali melupakan sejarah hitam negara, iaitu peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Seri Paduka Baginda bertitah, tragedi tersebut tercetus apabila ada pihak yang bertindak keterlaluan, menghina orang lain, serta hilang rasa hormat kepada bangsa dan ketuanan negara ini.

“Bagi menjamin kemajuan ekonomi, keharmonian kaum dan kestabilan negara, rakyat haruslah bersatu hati, bertolak ansur, dan saling hormat menghormati, serta berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim menzahirkan titah peringatan tersebut pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Dalam titah yang sama, Baginda menegaskan bahawa pengenalan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 bertindak sebagai aku janji serta ikrar bagi setiap warga Malaysia dalam membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian masyarakat.

“Saya menyeru semua pihak agar menghayati prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan dan garis panduan hidup rakyat Malaysia. Malah sejak di bangku sekolah lagi, semua pelajar telah dididik untuk membaca ikrar ini.

“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip tersebut, maka dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong secara tegas bagi menuntut penghayatan penuh terhadap ikrar kenegaraan tersebut.

+ - reset