TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ketua Hakim Negara terima gelaran Tun sempena Hari Keputeraan Agong

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 1 Jun – Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Panglima Wan Ahmad Farid Wan Salleh dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Penganugerahan itu sekali gus membawa gelaran Tun kepada beliau.

Turut menerima pengiktirafan pada istiadat berkenaan ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN), sekali gus membawa gelaran Tan Sri.

Selain mereka, Ahli Penasihat Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Daing A. Malek Daing A. Rahman turut menerima Darjah Kebesaran PMN yang membolehkan beliau menggunakan gelaran Tan Sri.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr. Hazami Jahari menerima Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) daripada Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan darjah kebesaran itu disempurnakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

+ - reset