TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Selepas BN, giliran senarai 15 calon MCA bagi PRN Johor pula tersebar

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 4 Jun – Belum reda isu penularan senarai calon Barisan Nasional (BN) semalam, arena politik Johor kembali hangat hari ini dengan penyebaran satu lagi senarai yang memaparkan cadangan 15 calon daripada parti komponennya, MCA.

Dokumen tular yang menggunakan kepala surat Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor itu menggariskan nama-nama besar termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang dicadangkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai.

Selain itu, senarai berkenaan turut menamakan Timbalan Pengerusi MCA Johor, Ling Tian Soon untuk mempertahankan kerusi DUN Yong Peng, manakala seorang lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, Lee Ting Han berpindah ke kawasan baharu di DUN Penggaram.

Bagi baki 12 kerusi lain, dokumen itu mencadangkan nama-nama seperti Tay Kok Wea di Jementah, Tan Chong (Bekok), Ong Chee Siang (Tangkak), Chua Lee Huat (Bentayan), Warren Yap Zhi Peng (Mengkibol), Gan Han Wei (Paloh), Tan Tuan Peng (Puteri Wangsa), Chan San San (Johor Jaya), Bong Seng Heng (Stulang), Tan Hiang Kee (Perling), Chua Jian Boon (Senai), dan Heng Zhi Li (Pekan Nanas).

Pihak pengamal media kini sedang giat berusaha untuk mendapatkan pengesahan rasmi berhubung kesahihan dokumen senarai penuh tersebut daripada Ling Tian Soon selaku kepimpinan tertinggi MCA negeri.

Insiden ini menyusul selepas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tampil membuat penafian rasmi semalam dengan menegaskan bahawa senarai calon BN Johor yang tersebar lebih awal adalah palsu semata-mata.

+ - reset