Berita Politik
Muhyiddin tidak bertanding PRN Johor, Bersatu taruh harapan pada pemimpin tempatan
KUALA LUMPUR 5 Jun – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan tidak akan kembali bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) Johor akan datang.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perbincangan atau ketetapan dibuat untuk membawa Ahli Parlimen Pagoh itu kembali ke pentas DUN selepas beliau memilih untuk tidak mempertahankan DUN Gambir pada PRN15 yang lalu.
Sebagai rekod, bekas Perdana Menteri itu pernah memenangi DUN Gambir pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang dari tahun 1986 hingga 1995 sewaktu memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor.
Dalam pada itu, Dr Sahruddin yang juga merupakan ADUN Bukit Kepong menyatakan hasrat peribadi beliau untuk mempertahankan kerusi tradisi yang telah diwakilinya selama dua penggal berturut-turut tersebut.
Ketika disoal mengenai strategi membawa masuk calon berprofil tinggi (heavyweight) dari peringkat Pusat demi memulihkan imej Bersatu yang terpalit dengan isu pergolakan dalaman, beliau menegaskan tiada sebarang cadangan sedemikian dikemukakan kerana parti memilih untuk mengetengahkan pemimpin tempatan.
Beliau yang juga merupakan Ketua Bersatu Johor menambah, proses rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen PN Johor kini sudah hampir dimuktamadkan dengan mencatatkan perkembangan positif melebihi 80 peratus penyelesaian.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 8:39 am
Isu kerusi MCA selesai secara harmoni, BN Melaka fokus pertahan 21 kawasan
October 28, 2026, 6:17 pm
MCA akur peruntukan dua kerusi PRN Melaka, jamin representasi kaum Cina diteruskan
October 27, 2026, 5:27 pm
MCA gesa BN runding semula agihan kerusi PRN
October 21, 2026, 12:17 pm
Bersatu gantung keahlian MB Perlis
October 18, 2026, 4:18 pm
Kemelut politik Negeri Sembilan tak beri kesan pada BN hadapi PRN Melaka
October 17, 2026, 6:23 pm
Nik Nazmi direhatkan 3 bulan daripada aktiviti rasmi BERSAMA
October 17, 2026, 1:42 pm
PAS terima hakikat BN bakal memimpin di Melaka
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
