Berita Berita
Polis buru suspek intai wanita dalam tandas restoran di Damansara Uptown
PETALING JAYA 5 Jun – Pihak polis kini sedang giat mengesan seorang suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu insiden mengintai seorang pelanggan wanita di dalam tandas sebuah premis makanan di Damansara Uptown, di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan rasmi daripada mangsa yang merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 20 tahun pada malam tadi.
Menurut beliau, kes berkenaan kini sedang disiasat secara terperinci di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengaibkan kehormatan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Terdahulu, insiden memalukan itu mula mendapat perhatian umum selepas tular satu hantaran di aplikasi Threads oleh ahli keluarga mangsa yang meminta netizen mendoakan urusan mereka selain mendedahkan adiknya telah menjadi mangsa intai (skodeng) ketika berada di dalam tandas restoran berkenaan.
Berita berkaitan
June 5, 2026, 8:34 pm
Kes malaria meningkat di Terengganu: KKM laksana saringan bersasar terhadap warga asing
June 5, 2026, 8:27 pm
Sekatan akses MyKhas Ahli Parlimen bersebab, permohonan rakyat tetap diproses
June 5, 2026, 8:22 pm
Lelaki Myanmar dakwa miliki MyKad, JPN buat laporan polis
June 5, 2026, 7:34 pm
Tiada rundingan rasmi UMNO-PAS, Ahmad Zahid sahkan hanya pertemuan wakil parti
June 5, 2026, 7:08 pm
Steven Sim sanjung Tok Ayah Rosli Othman sebagai murabbi masyarakat
June 5, 2026, 6:54 pm
Anwar arah tindakan tegas terhadap warga asing salah guna lesen perniagaan
June 5, 2026, 6:36 pm
Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12
June 5, 2026, 6:13 pm
Anwar lancar jentera PH Johor esok, tanda mula gerak kerja PRN
June 5, 2026, 5:44 pm
