Berita Berita
'Fokus pada isu, bukan pelajar' – Aktivis mahasiswa persoal siasatan polis libatkan AUKU, tadbir urus IPT
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR, 5 Jun – Aktivis mahasiswa dakwa disiasat polis di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia susulan kenyataannya yang mengkritik Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta isu tadbir urus di institusi pengajian tinggi awam.
Pengerusi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM), Brandon Gan berkata siasatan tersebut berkait dengan kenyataan yang dibuat selepas pertemuannya dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Zambry Abd Kadir dan beberapa pegawai kementerian.
Menurut beliau, kenyataan itu menyentuh dakwaan kelemahan struktur AUKU yang didakwanya membuka ruang kepada penyelewengan dalam proses pentadbiran universiti.
Beliau turut merujuk kepada beberapa penemuan dalam Laporan Ketua Audit Negara berkaitan pengurusan perolehan di universiti awam, termasuk isu yang pernah dibangkitkan melibatkan projek dan tender di universiti tertentu.
Brandon mendakwa perkara tersebut menunjukkan perlunya mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh dalam sistem pendidikan tinggi negara.
“Ini adalah isu kepentingan awam. Daripada melaporkan pelajar kerana mendedahkan maklumat kepada orang awam, sepatutnya pihak berkenaan menilai apa yang boleh dilakukan untuk menangani isu ini,” kata Brendon.
Sementara itu, peguam Sitinur Sabrina Mohammad berkata siasatan terhadap Brandon berpotensi menimbulkan “chilling effect” terhadap kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat umum.
“Ini bukan soal jenayah tetapi soal kebebasan bersuara. Brandon berdiri sebagai pemberi maklumat dan tidak sepatutnya dibalas dengan siasatan jenayah,” katanya.
Turut hadir memberikan solidariti ialah Jurucakap Sekretariat Mansuhkan AUKU, serta beberapa pemimpin mahasiswa yang menyifatkan tindakan siasatan itu sebagai satu bentuk tekanan terhadap suara mahasiswa.
Pihak Brendon Gan bersedia memberi kerjasama sekiranya polis memerlukan keterangan tambahan atau pendapatan lanjut.
Brendon sebelum ini dipanggil bagi membantu siasatan selepas memuat naik kenyataan berhubung AUKU di media sosial pada 18 April lalu, dan hadir ke IPD Brickfields untuk memberikan keterangannya.
Berita berkaitan
June 5, 2026, 8:34 pm
Kes malaria meningkat di Terengganu: KKM laksana saringan bersasar terhadap warga asing
June 5, 2026, 8:27 pm
Sekatan akses MyKhas Ahli Parlimen bersebab, permohonan rakyat tetap diproses
June 5, 2026, 8:22 pm
Lelaki Myanmar dakwa miliki MyKad, JPN buat laporan polis
June 5, 2026, 7:34 pm
Tiada rundingan rasmi UMNO-PAS, Ahmad Zahid sahkan hanya pertemuan wakil parti
June 5, 2026, 7:08 pm
Steven Sim sanjung Tok Ayah Rosli Othman sebagai murabbi masyarakat
June 5, 2026, 6:54 pm
Anwar arah tindakan tegas terhadap warga asing salah guna lesen perniagaan
June 5, 2026, 6:36 pm
Tunku Nadzaruddin dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12
June 5, 2026, 6:13 pm
Anwar lancar jentera PH Johor esok, tanda mula gerak kerja PRN
June 5, 2026, 5:44 pm
