Berita Berita
Jaslinda dengar helikopter, tiup wisel dan jumpa nota SAR
TAPAH 8 Jun – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, berkongsi pengalaman cemas sepanjang 14 hari tersesat di dalam hutan di mana beliau sentiasa meniup wisel untuk menarik perhatian selain sempat mendengar bunyi helikopter operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi memaklumkan perkara itu selepas melawat mangsa di Wad Perempuan Hospital Tapah hari ini, bersama-sama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk A Sivanesan.
Menurut beliau, mangsa juga menceritakan bahawa dia ada menemui nota yang ditinggalkan oleh seorang malim gunung di laluan SAR, namun kedudukan mereka bertentangan arah menyebabkan mereka tidak bertembung ketika operasi sedang giat dijalankan.
Jaslinda yang dilaporkan hilang sejak 23 Mei lalu ketika menyertai pendakian Trans Spencer Chapman, akhirnya ditemui selamat tetapi dalam keadaan lemah oleh penduduk Orang Asli berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh pada jam 5 petang kelmarin.
Susulan kejayaan operasi tersebut, Mohd Azlan menyatakan kerajaan negeri kemungkinan akan membincangkan pemberian insentif khas kepada pasukan SAR dalam mesyuarat EXCO akan datang, tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Berita berkaitan
June 8, 2026, 7:20 pm
Dua beradik jatuh tingkat 12 selang beberapa minit, polis tahan ibu bantu siasatan
June 8, 2026, 7:17 pm
Isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bujang di Kunak
June 8, 2026, 6:39 pm
Bayi lelaki tanpa baju ditinggalkan dekat tabung surau di Taman Daya
June 8, 2026, 6:32 pm
Muda putuskan strategi, senarai calon PRN Johor selepas pemukiman di Muar
June 8, 2026, 4:32 pm
MCMC ambil tindakan kandungan judi dalam talian menjelang Piala Dunia 2026
June 8, 2026, 4:21 pm
Abd Halim wajibkan semua warga SPRM isytihar harta dalam tempoh sebulan
June 8, 2026, 2:18 pm
Malaysia sedia hulur bantuan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat
June 8, 2026, 1:56 pm
Dua beradik jatuh pangsapuri di Tampoi, saksi dakwa dengar dua dentuman kuat
June 8, 2026, 12:38 pm
