TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM puji Kementerian Komunikasi, sifatkan penerangan BUDI MADANI antara kejayaan terbesar

By
|
Kongsi
image

Oleh AZIM SAID

PUTRAJAYA, 8 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji peranan Kementerian Komunikasi dalam menyampaikan maklumat kerajaan kepada rakyat sehingga membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap dasar-dasar kerajaan.

Beliau berkata, antara kejayaan terbesar kementerian itu ialah usaha menerangkan pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI kepada rakyat secara jelas dan berkesan.

“Saya fikir di Kementerian Komunikasi, kejayaan terbesar ialah dalam soal BUDI. 

"Bila diberi penerangan begitu jelas, ia tidak menimbulkan banyak masalah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Komunikasi sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, hari ini.

Menurut Anwar, masih banyak perkara yang perlu dilakukan kerajaan, namun segala usaha yang dilaksanakan perlu disampaikan dengan baik supaya rakyat memahami matlamat dan manfaatnya.

Katanya, jika rakyat tidak memahami sesuatu dasar atau tindakan kerajaan, keadaan itu boleh membuka ruang kepada pelbagai tuduhan dan salah faham.

Sehubungan itu, beliau menghargai kegigihan warga Kementerian Komunikasi dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat serta berharap usaha berkenaan dapat terus diperkukuhkan.

“Banyak lagi yang harus kita kerjakan kerana kita boleh senarai apa yang kita lakukan, tetapi kalau rakyat tidak faham, ia akan menjadi peluang untuk dilemparkan tuduhan,” katanya.

Anwar turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Komunikasi atas komitmen mereka dalam memastikan maklumat kerajaan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada masyarakat.

+ - reset