Berita Berita
Dua beradik jatuh tingkat 12 selang beberapa minit, polis tahan ibu bantu siasatan
JOHOR BAHRU 8 Jun – Polis menahan seorang wanita warga asing bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Tampoi, di sini, semalam, sehingga mengakibatkan seorang maut manakala seorang lagi parah.
Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 8.27 pagi daripada seorang wanita tempatan.
Katanya, bertindak atas maklumat, pada jam 12 tengah hari semalam, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara menahan ibu mangsa iaitu wanita warga asing berusia 37 tahun bagi membantu siasatan lanjut.
"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif daripada sebarang dadah.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Beliau berkata, beberapa saksi di tempat kejadian sudah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Punca sebenar dan motif kejadian masih dalam siasatan polis dan tangkapan ke atas ibu mangsa ini akan merungkai punca sebenar kejadian," katanya.
Beliau turut mengalu-alukan orang ramai tampil menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian di balai polis berhampiran atau menerusi talian hotline Polis Johor di talian 019-2792095 atau talian bilik gerakan ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, 07-2212999.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari tingkat 12 ke tingkat tujuh bangunan 24 tingkat itu.
Berita berkaitan
June 8, 2026, 7:17 pm
Isteri orang ditangkap khalwat dengan lelaki bujang di Kunak
June 8, 2026, 6:39 pm
Bayi lelaki tanpa baju ditinggalkan dekat tabung surau di Taman Daya
June 8, 2026, 6:32 pm
Muda putuskan strategi, senarai calon PRN Johor selepas pemukiman di Muar
June 8, 2026, 6:26 pm
Jaslinda dengar helikopter, tiup wisel dan jumpa nota SAR
June 8, 2026, 4:32 pm
MCMC ambil tindakan kandungan judi dalam talian menjelang Piala Dunia 2026
June 8, 2026, 4:21 pm
Abd Halim wajibkan semua warga SPRM isytihar harta dalam tempoh sebulan
June 8, 2026, 2:18 pm
Malaysia sedia hulur bantuan kepada Filipina susulan gempa bumi kuat
June 8, 2026, 1:56 pm
Dua beradik jatuh pangsapuri di Tampoi, saksi dakwa dengar dua dentuman kuat
June 8, 2026, 12:38 pm
